PROGRAM SEMARAK MINDA

17 Mei 2009 - Program Semarak Minda II diteruskan seperti perancangan. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah merancang dan menjalankan program ini. Semangat yang jitu serta komitmen para guru khas dizahirkan terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan azam memastikan sifar buta huruf di kalangan murid khasnya dan murid-murid pemulihan amnya, AJK PIBG SK Kedawang merangkap guru dibantu oleh beberapa waris bersengkang mata menjayakan kelas walau di malam hari. Tahniah daripada pihak ADMIN.
Cikgu Ahmad Zifni (Penyelaras Projek) penggerak utama Program Semarak Minda II

En. Ajis bersama anak didik. Namun sedikit kecewa, anak didik kesayangnan (Najmi) tidak dapat hadir dalam sesi ini.

NYDP PIBG SK Kedawang, Pn Tini (berbaju hitam) turun padang serta memberi sumbangan besar dalam pelbagai aspek bagi memastikan kelancaran program. Di belakang beliau ialah Setiausaha PIBG, Ust Izwan menjadi jentera penting program.

En. Khalid begitu serius mencurahkan ilmu. Ketegasan beliau membakar semangat anak didik.

Pn. Mazlin tersenyum dengan gelagat anak-anak didik....

En. Tat menggunakan pendekatan "one to one".....canggih

xxxxxx

Takziah daripada semua. Salah seorang tenaga pengajar Semarak Minda 2, En. Cin tetap tersenyum walaupun baru kehilangan bonda tercinta. Guru-guru lelaki Semarak Minda turut serta dalam majlis tahlil pada malam ini. Al-Fatihah untuk arwah.

Antara tetamu dan tenaga pengajar yang hadir.