KURSUS PENDEDAHAN ASAS PEMULIHAN 2009

TARIKH : 11 - 14 MEI 2009
TEMPAT : SP INN, SG. PETANI, KEDAH.































11 Mei 2009 - Seramai 80 orang Guru Pemulihan melapor diri di SP Inn, Sg. Petani bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang. Peserta terdiri daripada guru-guru pemulihan yang belum mempunyai pendedahan asas pemulihan dari seluruh negeri Kedah. Taklimat kursus dijalankan pada slot sebelah malam, disampaikan oleh jurulatih utama dari semua daerah.

Proses demokrasi semasa berkursus, pelantikan penghulu. En. Luqman Hidayat (berbaju biru) dilantik secara sebulat suara oleh peserta-peserta atas tokoh kepimpinan yang ditunjukkan. Di sebelah beliau ialah En. Jamil, bekas guru SK Temonyong, Langkawi yang kini bertugas di daerah Baling.


Pn. Fatimah, guru pemulihan SK Guar Lobak selaku Jurulatih Utama berkongsi ilmu yang amat bernilai buat pendatang baru bidang pemulihan.


Antara bahan-bahan bercetak yang dibekalkan untuk rujukan guru.

En. Shahibun dari SK Pulau Tuba asyik menelaah bahan-bahan yang dibekalkan. Tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Jurulatih Utama Pemulihan. Kami guru-guru baru amat memerlukan khidmat tuan...

Bas yang digunakan untuk lawatan bagi mengikuti sesi micro teaching dan pengendalian fail pemulihan. Aktiviti luar semasa berkursus pastinya dapat menyegarkan serta mengembangkan minda peserta.


Majlis Perasmian Penutup dikendalikan oleh En. Noraini dan disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.